Planet Merkuri lintasi Matahari

Planet Merkuri lintasi Matahari

PARIS, 9 Mei (AFP) – Para pakar astronomi hari ini menyaksikan salah satu acara kemuncak pada tahun pemerhati angkasa, apabila Matahari, Merkuri dan Bumi berada dalam barisan sama… satu fenomena yang berlaku hanya puluhan kali atau beberapa kali dalam jangka masa seabad.

Merkuri akan dapat dilihat melalui teleskop seperti satu titik hitam di depan muka bintang kita, memberikan satu keajaiban cakerawala, jika cuaca membenarkan akan berlangsung dalam tujuh jam setengah.

“Pada permulaan, Merkuri akan kelihatan seperti menggigit di pinggir Matahari, dan kemudian secara perlahan menyeberangi permukaannya dan keluar di sisi lain,” ujar Pascal Descamps dari Pusat Pemerhati Paris.

“Ia sesuatu yang jarang, kerana ia memerlukan Matahari, Merkuri dan Bumi berada dalam keselarasan yang hampir sempurna.”

Planet terkecil yang dikenali dalam Sistem Solar, Merkuri melengkapi orbit setiap 88 hari, dan melintas di antara Bumi dan Matahari setiap 116 hari.

Kelihatan Planet Merkuri (bawah kiri) melintasi Matahari dalam imej yang dilihat menggunakan teleskop. – AP
Kelihatan Planet Merkuri (bawah kiri) melintasi Matahari dalam imej yang dilihat menggunakan teleskop. – AP

Namun orbitnya condong jika dibandingkan dengan Bumi, yang bermakna ia biasanya muncul, dari perspektif kami, untuk melintas di atas atau bawah Matahari.

Tiga belas kali setiap abad, bagaimanapun, apabila kedua-dua orbit itu selaras, ahli-ahli astronomi amatur boleh melihat planet kecil itu meskipun berada jauh puluhan juta kilometer (batu).

Menurut Persatuan Astronomi Diraja Britain (RAS), hampir semua kawasan di Eropah Barat, bahagian barat Utara dan Barat Afrika, timur Amerika Utara, dan hampir semua di Amerika Selatan akan berupaya menyaksikan semua fenomena itu, yang akan berlangsung dari 1112 GMT hingga 1842 GMT.

Kawasan utara dan selatan Amerika, Pasifik timur, selebihnya di Afrika dan kebanyakannya di Asia, akan hanya berupaya menyaksikan sebahagian fenomena itu.

Para pemerhati di timur dan Asia tenggara dan Australisia, termasuk Brunei, bagaimanapun, tidak akan berupaya menyaksikan fenomena ini.