‘Planet of the Apes’ berdepan kelaparan

‘Planet of the Apes’ berdepan kelaparan

MONKEY ISLAND, Liberia, 13 Julai (AFP) – Sebuah bot laju dengan buah-buahan eksotik menghampiri dan empat ekor chimpanzee (mawas) datang dari hutan tebal, membuat bunyi bising tatkala para sukarelawan melontar mereka dengan nenas dan ketulan mangga.

Mawas tersebut adalah sebahagian daripada koloni terkenal bekas tahanan makmal penyelidikan yang menikmati kebebasan di hutan tebal selatan Liberia yang dikenali sebagai Monkey Island (Pulau Monyet).

Mawas itu telah hidup dalam suasana yang ideal, diberi makan oleh para sukarelawan manusia di kawasan mereka yang digelar ‘Planet of the Apes’ satu nama diberikan oleh media tempatan untuk kepulauan itu.

Tetapi koloni yang menempatkan 66 ekor mawas itu telah berada dalam tumpuan antarabangsa sejak pembiayaan tabung darah New York mengumumkan telah berhenti menyalurkan wang sejak Mac lepas.

Pusat Darah New York (NYBC), yang menjalankan kajian bio perubatan kira-kira 30 tahun pada binatang tersebut, telah secara terbuka komited pada penjagaan jangka panjang mereka sejak bersara pada 2005.

Mawas-mawas yang terdapat di kawasan tersebut. – AFP
Mawas-mawas yang terdapat di kawasan tersebut. – AFP

Masyarakat Kemanusiaan Amerika Syarikat (HSUS) menyokong koloni tersebut melalui kutipan dana kecemasan di kerajaan Liberia dan tabung darah bersaing terhadap siapa yang bertanggungjawab terhadap penjagaan mereka.

“NYBC mungkin percaya orang akan melupakan dan ini akan hilang begitu sahaja, tapi saya boleh pastikan ia akan tidak,” Timbalan Presiden HSUS Kathleen Conlee memberitahu AFP dalam satu e-mel dari Washington D.C.

“Mereka sama sekali bertanggungjawab ke atas penjagaan jangka panjang mawas ini.”

Conlee menggambarkan penjagaan kos mawas ini dianggarkan dalam AS$30,000 sebulan sebagai “satu kerja yang mudah kepada organisasi yang mempunyai pendapatan ratusan juta setiap tahun.”