Platini bakal hadapi masalah lagi

Platini bakal hadapi masalah lagi

MIAMI, 30 Dis – Presiden Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang diharamkan, Michel Platini, mungkin menghadapi siasatan lanjut oleh jawatankuasa etika Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kerana menghadiri sebuah majlis anugerah dan persidangan di Dubai walaupun dilarang daripada “semua kegiatan bola sepak”.

Platini diharamkan lapan tahun pada 21 Disember, bersama presiden Fifa, Sepp Blatter. Beliau telah merayu keputusan itu dan menegaskan beliau tidak bersalah.

Pengharaman itu berkaitan bayaran dua juta franc Switzerland (AS$2.85 juta) yang dibuat oleh Blatter kepada Platini pada 2011, sembilan tahun selepas beliau selesai bekerja sebagai perunding bagi Blatter. Pada 27 Disember, Platini menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe anjuran Majlis Sukan Dubai di negara itu, bersama bintang seperti Lionel Messi dari Argentina dan Andrea Pirlo dari Italy. – Reuters

Platini ketika menghadiri majlis anugerah dan persidangan di Dubai baru-baru ini. - AFP
Platini ketika menghadiri majlis anugerah dan persidangan di Dubai baru-baru ini. – AFP