Platini bukan lagi ‘pilihan’ terajui FIFA?

Platini bukan lagi ‘pilihan’ terajui FIFA?

LONDON, 28 Sept (Reuters) – Keadaan tidak lagi aneh bahawa bos bola sepak Eropah, Michel Platini akan menggantikan Sepp Blatter sebagai ketua badan bola sepak global Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas para pendakwa raya Switzerland berkata, mereka sedang menyiasat Blatter berhubung pembayaran kepada Platini.

Platini, bekas pemain midfield Perancis dan ketua badan bola sepak Eropah (UEFA) sejak 2007, menjadi sebutan akan menggantikan Blatter apabila FIFA memilih pemimpin barunya dalam tempo lima bulan lagi, yang bermakna Platini dilihat sebagai bakal pengganti Blatter.

Bagaimanapun, ada di antara para pemerhati yang berpendapat bahawa Platini kini bukan lagi antara pilihan.

Platini memang diakui mempunyai sokongan kuat daripada sejumlah persatuan bola sepak kebangsaan, terutama di Eropah, namun jika dia sendiri akan menjadi sasaran penyiasatan oleh badan etika FIFA, dia boleh digantung tugas, menjadikannya mustahil untuk bertanding.

FIFA terjerumus ke dalam huru-hara lagi pada Jumaat lepas apabila pejabat pendakwa raya Switzerland (OAG) membuka siasatan jenayah ke atas Blatter, yang disoal siasat di ibi pejabat persekutuan itu, kerana disyaki melakukan jenayah salah pengurusan.

OAG berkata Blatter, yang menjadi presiden FIFA sejak 1998, disyaki dikatakan ada ‘membuat pembayaran’ sejumlah 2 juta Swiss francs (AS$2.04 juta) kepada Platini pada 2011.

Platini turut disoal siasat sebagai saksi. UEFA, di mana dia kini sebagai presiden, ketika menjawab persoalan mengenai pembayaran yang diterima Platini mendakwa ia adalah kerana kerja-kerja yang dijalankannya untuk FIFA bermula dari 1999-2001.

Beberapa agensi media turut membuat spekulasi bahawa FIFA boleh menjalankan siasatannya sendiri ke atas Platini.

ARTIKEL YANG SAMA