Platini kempunan permulaan Euro 2016

Platini kempunan permulaan Euro 2016

LONDON, 4 Dis – Ketua UEFA Michel Platini membuka pintu kepada peluasan Euro 2016 dengan penyertaan lebih banyak finalis berbanding sebelum ini, tetapi dalam salah satu ironi terbesar bola sepak moden Eropah, dia tidak dapat menyaksikan perwakilan turun di Paris minggu depan.

Platini sedang menjalani penggantungan 90 hari daripada aktiviti bola sepak yang dikenakan oleh Jawatankuasa Etika FIFA berhubung dakwaan bayaran yang diberi kuasa oleh presiden badan induk bola sepak dunia, Sepp Blatter, yang turut diharamkan.

Oleh itu, apabila jurulatih daripada 24 finalis tiba di bawah kawalan ketat berikutan serangan Paris 12 Disember lalu, Platini mungkin akan menonton dari kaca televisyen dan bukannya berada di sana.

Warga Perancis, 60, dan sinonim dengan kejayaan Euro ‘84 negaranya di laman sendiri sebagai pemain dan ketua penganjur Piala Dunia 1998 yang berakhir dengan kemenangan Perancis di Paris, dikritik hebat apabila UEFA mengembangkan peringkat akhir daripada ‘jumlah sempurna 16’ kepada 24 pasukan, enam tahun lalu.

Platini akan terlepas pembukaan Euro 2016 kerana masih menjalani penggantungan FIFA selama 90 hari. – AFP
Platini akan terlepas pembukaan Euro 2016 kerana masih menjalani penggantungan FIFA selama 90 hari. – AFP

Ramai memarahi Platini kerana mengurangkan kelayakan negara-negara yang besar, tetapi apa yang berlaku bukan seperti yang dikehendaki. Semi finalis Piala Dunia tehun lepas, Belanda, gagal melayakkan diri selepas tewas dua pusingan kepada Iceland dalam aksi kumpulan.

“Keputusan untuk mengembangkan Euro diambil demi kepentingan mempromosi dan membangunkan bola sepak di seluruh Eropah,” Platini memberitahu Reuters pada Jun lalu. “Kami gembira dengan kesan positif format baru telah merangkumi seluruh benua.

“Kita telah melihat kumpulan yang sangat kompetitif dengan beberapa pasukan berjuang untuk layak. Kita juga melihat kualiti permainan dan semangat yang tinggi beberapa negara yang tidak pernah atau jarang layak untuk kejohanan utama,” katanya.

“Pasukan kelayakan telah berjaya setakat ini dan kami yakin final di Perancis tahun depan akan menjadi kejohanan paling kompetitif setakat ini.”