Platini rayu pengharaman FIFA

Platini rayu pengharaman FIFA

ZURICH, 9 Okt (Reuters) – Badan bola sepak Eropah (UEFA) berkata semalam Michel Platini tidak akan digantikan sebagai presiden selepas dia digantung sementara daripada sukan bola sepak oleh Jawatankuasa Etika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

“Jawatankuasa Eksekutif UEFA berpendapat buat masa ini tidak perlu ada pengganti, menggunakan Artikel 29 (5) Statut UEFA, yang memerlukan naib presiden UEFA dibenarkan mengambil alih kuasa dan tugas presiden ketika ketiadaannya,” kata UEFA dalam satu kenyataan. “Ini adalah kerana Jawatankuasa Eksekutif UEFA menyedari bahawa presiden UEFA akan segera mengambil tindakan untuk merayu keputusan oleh Jawatankuasa Etika FIFA untuk membesihkan namanya.”

ARTIKEL YANG SAMA