Platini tarik diri tanding jawatan presiden FIFA

Platini tarik diri tanding jawatan presiden FIFA

PARIS, 8 Jan (AFP) – Michel Platini tidak akan bertanding jawatan Presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) yang sedang menjalani penggantungan itu memaklumkan keputusannya itu kepada L’Equipe dengan alasan ingin menumpukan kepada usaha membersihkan namanya.

“Saya tidak akan bertanding bagi jawatan presiden FIFA. Saya akan menarik balik pencalonan.

“Saya tidak lagi mempunyai masa untuk bertemu pengundi, berjumpa orang, untuk berjuang menentang calon lain,” kata Platini yang merujuk kepada tarikh akhir 26 Januari bagi mengemukakan pencalonan untuk menggantikan Sepp Blatter.

Platini tidak akan bertanding bagi jawatan Presiden FIFA dalam usaha ingin menumpukan usaha membersihkan namanya. - Reuters
Platini tidak akan bertanding bagi jawatan Presiden FIFA dalam usaha ingin menumpukan usaha membersihkan namanya. – Reuters

“Saya menarik diri untuk menumpukan kepada usaha mempertahankan diri saya,”.

Platini dan Blatter digantung selama lapan tahun oleh Jawatankuasa Etika FIFA berkaitan dengan bayaran sebanyak 1.8 juta Euro kepada Platini pada 2011 untuk khidmat yang dilakukannya antara tahun 1999 dan 2002.