Platini timbang cabar penggantungan

Platini timbang cabar penggantungan

PARIS, 11 Mei (AFP) – Michel Platini menimbang untuk mencabar hukuman penggantungan selama empat tahun daripada terbabit dalam aktiviti bola sepak terhadapnya di Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), kata wakilnya pada AFP, semalam.

Bekas kapten bola sepak Perancis itu ketika ini sedang “serius mempelajari, dan antara pilihannya, merujuk kesnya kepada ECHR untuk membantah dia dihalang daripada bekerja” menurut sumber yang dinyatakan.

Platini, 60 meletakkan jawatannya sebagai Presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Isnin lalu selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan menolak rayuan terakhirnya, sekali pun hukuman penggantungannya dikurangkan daripada enam ke empat tahun.

Pemenang tiga kali anugerah berprestij Ballon d’Or itu berkata, dia meletakkan jawatan untuk membolehkannya terus berjuang untuk membersihkan namanya di atas kes penyalahgunaan dana.

Legenda bola sepak Perancis itu didakwa mahkamah Switzerland atas pembayaran 2 juta dolar AS kepadanya oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) kepadanya.

Mengikut terma penggantungan dalam sukan, Platini tidak boleh menghadiri perlawanan bola sepak rasmi dalam kapasiti rasmi, tidak boleh bekerja sebagai penganalisis atau menulis kolum ketika Euro 2016.

ARTIKEL YANG SAMA