PlayStation VR di pasaran Oktober ini

PlayStation VR di pasaran Oktober ini

LOS ANGELES, 14 Jun (AFP) – Sony Interactive Entertainment berkata semalam alat pendengar permainan komputer PlayStation yang dinanti-nantikan akan dijual di pasaran pada 13 Oktober dengan harga $399.

Ketibaan PlayStation VR akan tiba lebih lambat daripada dijangka, untuk memberikan masa untuk permainan dise-diakan dan membekal alat pendengar yang mencukupi untuk pelancaran, menurut Sony.

Pada satu acara media PlayStation sehari sebelum Ekspo Hiburan Elektronik di Los Angeles, pengerusi studio Sony Interactive Entertainment Shawn Layden mengisytiharkan ‘saat-saat seminal’ dalam permainan komputer.

Layden berjanji lebih daripada 50 permainan untuk PlayStation VR akan disediakan dalam tempoh beberapa bulan selepas pelancaran, di antaranya “Resident Evil,” yang berdasarkan francais ‘Star Wars’, dan satu lagi berdasarkan buku komik ‘Batman’.

Warner Brothers Interactive Enterainment (WBIE) dan DC Entertainment mengumumkan ‘Batman: Arkham VR’ akan dilancarkan secara eksklusif untuk PlayStation pada Oktober, untuk kali pertama yang membenarkan pemain dalam permainan komputer ‘menjadi Batman’.

Gambar fail yang diambil pada 15 Jun 2015 menunjukkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif global Sony Computer Entertainment Inc, Andrew House bercakap tentang alat pendengar Sony Morpheus pada sidang akhbar Sony Playstation E3 2015 di Los Angeles. – AP
Gambar fail yang diambil pada 15 Jun 2015 menunjukkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif global Sony Computer Entertainment Inc, Andrew House bercakap tentang alat pendengar Sony Morpheus pada sidang akhbar Sony Playstation E3 2015 di Los Angeles. – AP

David Haddad, Presiden Warner Bros. Interactive Entertainment berjanji orang akan melihat menerusi watak komik DC yang dirujuk sebagai detektif paling hebat di dunia, dan memberikan “pengalaman yang lebih mendalam daripada yang dapat dibayangkan oleh sesiapa beberapa tahun lalu.”

Oculus milik Facebook mulai menjual fon kepala permainan komputer Rift pada awal tahun ini dengan harga $599, harga yang tidak termasuk kos komputer yang boleh mengendali pemprosesan dan permintaan teknologi grafik.

HTC menetapkan harga $799 untuk peralatan Vive VR, yang juga memerlukan sistem komputer yang boleh mengendali pengalaman yang kaya itu.