Pluto dipenuhi gunung ais

Pluto dipenuhi gunung ais

LAUREL, Md, 16 Julai – Gambar Pluto pertama yang diambil secara dekat, menunjukkan gunung ais dan yang mengejutkan permukaan Pluto bebas kawah, ahli-ahli sains dengan misi New Horizon NASA berkata semalam.

Hasil itu adalah yang pertama sejak kapal angkasa lepas bersaiz piano menamatkan perjalanan 3 bilion batu, selama 9 tahun setengah melepasi Pluto dalam 7,800 batu pada Selasa lalu.

New Horizons kini jauh ke dalam Lingkaran Kuiper, sebuah rantau sistem suria melewati Neptun yang berisi dengan beribu-ribu dunia ais dan batu besar seperti Pluto yang dipercayai saki baki dari pembentukan sistem suria, kira-kira 4.6 bilion tahun lalu.

Para ahli sains tidak tahu bagaimana Pluto membentuk gunung-gunung besar seumpama itu, tertinggi yang ketinggiannya hampir 3,350 meter dari permukaan, hampir setinggi gunung Rockies, Kanada.

Satu lagi teka teki ialah mengapa Pluto mempunyai permukaan muda. Badan berais, yang lebih kecil dari bulan Bumi, seharusnya penuh dengan impak kawah, hasil dari batu besar lingkaran Kuiper dan ketulan batu tongkol yang turun selama berzaman-zaman.

Paparan permukaan Pluto yang dipenuhi dengan gunung tinggi dan berais. – Reuters
Paparan permukaan Pluto yang dipenuhi dengan gunung tinggi dan berais. – Reuters

Sebaliknya New Horizons mendedahkan bahawa permukaan Pluto bagaimanapun bertambah, kegiatan yang mungkin terikat dengan lautan bawah tanah, gunung berapi ais atau fenomena geologi lain.

Para ahli sains percaya gunung-gunung Pluto mungkin terbentuk dalam tempoh 100 juta tahun lalu, agak menghairankan berbanding dengan usia sistem suria.

Gambar pertama New Horizon itu, yang meliputi tampalan kawasan kira-kira 241km berhampiran rantau khatulistiwa Pluto, malah telah menghairankan para ahli sains jika dunia berais masih aktif dari segi geologi.

Satu lagi kejutan ialah bulan Pluto, Charon, yang dipercayai mati dari segi geologi. Sebaliknya New Horizon menjumpai jurang, cenuram dan ngarai besar, semua bukti proses dalaman.

Setakat ini hanya sebahagian dari ratusan gambar dan pengukuran ahli sains yang diambil oleh New Horizon ketika pergerakannya melalui sistem Pluto telah dikeluarkan. Data akan dihantar balik ke Bumi dalam tempoh 16 bulan akan datang. – Reuters