PM Abe janji elak negara terlibat perang

PM Abe janji elak negara terlibat perang

TOKYO, 1 Jan (AFP) – Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe hari ini berjanji beliau akan menghindarkan negaranya dari peperangan ekoran pengenalan perundangan keselamatan baru yang menimbulkan perbalahan, sehari selepas China mengumumkan ia sedang membina pengangkut pesawat udara keduanya.

Pada September parlimen di negara yang rasmi adalah negara pencinta damai, telah meluluskan rang undang-undang keselamatan yang membuka ruang bagi pasukan tentera Jepun untuk terlibat dalam gempur luar negara buat pertama kali sejak akhir Perang Dunia II.

Perundangan ini berdepan dengan tentangan keras awam di tanah air dengan berpuluh-puluh ribu orang menyertai bantahan jalan raya, sementara juga mencetuskan kemarahan di China dan di semenanjung Korea.

Para pengkritik memberi amaran bahawa perubahan itu mungkin menyaksikan pasukan tentera Jepun terlibat dalam konflik asing luas yang serupa dengan serangan AS ke atas Iraq atau Afghanistan.

“Di bawah perundangan baru bagi keamanan dan keselamatan, kami akan mencegah peperangan dengan mengambil semua kemungkinan persediaan bagi sebarang keadaan,” Abe berkata dalam mesej Tahun Baru.

“Kami telah berjaya membina asas untuk memberikan Jepun yang aman kepada generasi-generasi anak-anak dan cucu-cucu kita.”

Mesej Abe dibuat sehari selepas China mengumumkan ia sedang membina pengangkut pesawat udaranya kedua, yang akan mempunyai kemampuan pengalihan 50,000 tan dan membawa pesawat udara China J-15 berserta pesawat udara lain.

Beijing dengan pesat meluaskan ketenteraannya dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan, menggelisahkan jiran-jirannya dan menarik perhatian AS, yang membentuk ‘paksi’ dasar asing ke arah Asia.