PM Armenia letak jawatan

PM Armenia letak jawatan

YEREVAN, 9 Sept – Perdana Menteri Armenia, Hovik Abrahamian meletak jawatan semalam selepas kemarahan susulan krisis tebusan yang mencetuskan rasa tidak puas hati rakyat yang melihat kerajaan gagal menangani isu itu.

“Saya memutuskan untuk meletak jawatan supaya presiden boleh membentuk kerajaan baharu,” kata Abrahamian, 58, kepada mesyuarat Kabinet.

Abrahamian “akan digantikan oleh bekas datuk bandar ini, Karen Karapetyan,” kata seorang pegawai atasan kerajaan yang enggan dikenali berkata. Sekutu Rusia, Presiden Serzh Sarkisian berjanji merombak kabinetnya berikutan krisis tebusan yang menggegarkan republik kecil itu Julai lalu.

Sekumpulan lelaki bersenjata antikerajaan merampas bangunan polis di Yerevan selama dua minggu, membunuh dua anggota polis dan menjadikan beberapa pegawai peringkat tinggi sebagai tebusan. Selepas pertembungan dan rundingan panjang, mereka menyerah diri 31 Julai lalu. – AFP