PM Aussie beri amaran salah faham tentang Islam

PM Aussie beri amaran salah faham tentang Islam

CANBERRA, 16 Sept – Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull memberi amaran kepada rakan-rakan sekerja dalam parlimen bahawa tindakan memulaukan orang Islam adalah ‘memberi peluang’ kepada kumpulan-kumpulan pengganas pelampau seperti Kumpulan Negara Islam (IS).

Turnbull membuat rayuan kepada para anggota parlimen dan Senator hari ini selepas dua orang anggota parlimen Australia membangkitkan kebimbangan terhadap penghijrahan orang Islam dan tempat mereka dalam masyarakat Australia.

“Mengecap semua orang Islam dengan jenayah sesetengah orang adalah sangat salah dan ia juga mencegah produktif,” Turnbull memberitahu Radio Macquarie hari ini.

“Cuba merendah-rendahkan kesemua orang Islam atau cuba merenggangkan kesemua orang Islam dan mengatakan mereka bukan sebahagian Australia, atau seharusnya tidak berada di Australia, adalah sebenarnya apa yang dikatakan oleh para pelampau dan pengganas kepada masyarakat Islam.”

Ulasan Turnbull dibuat selepas Senator One Nation yang mencetuskan kontroversi, Pauline Hanson menyasarkan dasar imigresen Australia, dia menggesa bagi tegahan penghijrahan orang Islam ke Australia kerana negara berisiko ‘dibanjiri’ oleh mereka yang beragama Islam.

Gambar fail 8 Mei 2016 menunjukkan Turnbull ketika bercakap kepada media pada sidang media di bangunan Parlimen di Canberra, Australia. – Turnbull memberi amaran kepada rakan-rakan sekerja parlimen bahawa memulaukan orang Islam memberi peluang kepada kumpulan IS. – AP
Gambar fail 8 Mei 2016 menunjukkan Turnbull ketika bercakap kepada media pada sidang media di bangunan Parlimen di Canberra, Australia. – Turnbull memberi amaran kepada rakan-rakan sekerja parlimen bahawa memulaukan orang Islam memberi peluang kepada kumpulan IS. – AP

Dia kemudian disokong oleh anggota parlimen rendah George Christensen yang mempersoalkan mengapa sebilangan kumpulan dalam masyarakat Islam teragak-agak untuk mengambil ‘nilai-nilai Australia’.

“Mengapa sejak dari mula lagi mereka memilih untuk datang ke Australia?” Christensen berkata di parlimen semalam.

“Tidak perlu membuat perjalanan separuh jalan mengelilingi dunia untuk datang ke Australia dan menuntut pihak Australia mengubah budaya mereka, masyarakat mereka dan undang-undang mereka supaya sepadan dengan budaya, masyarakat dan undang-undang tanah air mereka.”

Turnbull berkata Australia terkenal sebagai salah sebuah masyarakat ‘berbilang budaya’ terunggul dunia dan orang Islam, seperti rakyat Australia dengan kepercayaan dan latar belakang berlainan mereka – menyumbang kepada budaya Australia. – Xinhua