PM Australia berdepan kesukaran

PM Australia berdepan kesukaran

SYDNEY, 10 Julai – Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull hari ini mengisytiharkan kemenangan bagi parti memerintah konservatif selepas parti pembangkang, Buruh mengakui kalah, namun berhadapan satu masa sukar pada masa akan datang selepas mendapat mandat tipis dalam pilihan raya yang sengit.

Pengisytiharan menamatkan lapan hari ketidakpastian mengenai identiti kerajaan baru. Satu persaingan sengit antara dua parti besar itu mengakibatkan kedua-duanya tidak mendapat 76 atau lebih kerusi yang diperlukan untuk majoriti parlimen susulan pilihan raya pada 2 Julai, dengan pengiraan undi masih lagi dijalankan.

“Kita sudah menang pilihan raya, itu yang kita lakukan,” Turnbull memberitahu wartawan di Sydney, menambah bahawa dia menerima satu panggilan daripada ketua Buruh, Bill Shorten yang mengucapkan tahniah kepadanya bagi pemilihannya semula sebagai perdana menteri.

Namun beliau segera berhadapan persoalan sama ada beliau akan berjaya memerintah, dengan Buruh meningkatkan penguasaan kerusi di dewan rendah dan sejumlah besar parti kecil dan senator bebas untuk dikekang di dewan tinggi.

Malcolm Turnbull ketika mengisytiharkan kemenangan bagi parti pemerintah konservatif pada satu sidang media di Sydney, 10 Julai. Turnbull mengisytiharkan kemenangan lebih daripada seminggu selepas pilihan raya kebangsaan, di sebalik pengiraan undian sedang berlangsung selepas parti pembangkang Bu-ruh mengaku kalah. - AFP
Malcolm Turnbull ketika mengisytiharkan kemenangan bagi parti pemerintah konservatif pada satu sidang media di Sydney, 10 Julai. Turnbull mengisytiharkan kemenangan lebih daripada seminggu selepas pilihan raya kebangsaan, di sebalik pengiraan undian sedang berlangsung selepas parti pembangkang Bu-ruh mengaku kalah. – AFP

Parti pakatan memerintah Turnbull, Liberal/National pada masa ini dijangka meraih 74 kerusi dan berpotensi menambah dua lagi, dengan 150 kerusi di Dewan Perwakilan, menurut ramalan penyiar kebangsaan, ABC.

Namun pemimpin Australia itu sudah meraih sokongan tiga menteri parlimen bebas mengenai hal ehwal bajet dalam undian tidak yakin, memberi laluan kepadanya untuk membentuk sebuah kerajaan minoriti jika perlu.

Manakala Buruh menang 66, dengan lima calon bebas dipilih, pembangkang tidak mempunyai kerusi tidak mencukupi untuk memerintah di Canberra, menurut ramalan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA