PM Australia nafi abai hak pencari suaka

PM Australia nafi abai hak pencari suaka

SYDNEY, 18 Okt – Dakwaan Amnesti Antarabangsa mengatakan penahanan pencari suaka Australia di pulau Pasifik Nauru yang bersamaan dengan penyeksaan adalah ‘palsu’,” kata Perdana Menteri Malcolm Turnbull hari ini.

Canberra menghantar pencari suaka yang cuba sampai ke Australia dengan bot ke Nauru dan pulau Manus di Papua New Guinea, namun keadaan kem dikritik oleh penyokong pelarian dan profesional perubatan.

Pencari suaka disekat daripada menetap semula di Australia walaupun jika mereka didapati pelarian.

Amnesti berkata dalam satu laporan semalam bahawa pencari suaka dan pelarian di Nauru sedang ‘terdesak’ dan bergelut dengan ‘epidemik mencederakan diri sendiri’ sambil menambah keadaan hidup mereka sesuai dengan definisi penyeksaan undang-undang antarabangsa.

Namun Turnbul mengecam dakwaan tersebut dan berkata dasar negaranya yang ketat menghalang orang daripada mati di laut dalam perjalanan bot yang berbahaya.

“Saya menolak dakwaan tersebut. Ia adalah palsu,” beritahunya kepada radio Australian Broadcasting Corporation tentang dakwaan Amnesti mengenai pengabaian dan kekejaman di Nauru.

“Komitmen kerajaan Australia terhadap pemprosesan pencari suaka di luar pesisir pantai adalah kukuh dan bersifat belas kasihan.

“Mengenai Nauru, terdapat pelaburan besar di sana untuk mempertingkat keadaan mereka yang berada di sana.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA