PM Australia tolak kenaikan GST

PM Australia tolak kenaikan GST

SYDNEY, 8 Feb – Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull hari ini menolak kenaikan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di bawah tekanan dari dalam parti beliau sendiri, yang seterusnya meningkatkan kemungkinan bahawa beliau mungkin membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya awal.

Keputusan itu dengan teruk menjejaskan kemampuan kerajaan untuk memasukkan pengurangan cukai yang disukai para pengundi dalam belanjawan bulan Mei yang dijangka dikeluarkan beberapa bulan sebelum pilihan raya umum dijangkakan pada September atau Oktober.

Langkah itu juga nampaknya mengembalikan lebihan belanjawan, janji lama dasar pusat bagi kerajaan konservatif yang menganjurkan tanggung jawab fiskal, malah di luar lingkungan.

“Pada tahap ini, saya masih yakin bahawa peralihan campuran cukai seumpaman itu akan sebenarnya memberi kita faedah ekonomi yang diinginkan untuk melakukan perkra besar seumpama itu,” Turnbull memberitahu Perbadanan Penyiaran Australia.

Di luar belanjawan Turnbull, yang menyingkirkan Tony Abbott tahun lalu dalam rampasan kuasa parti, berdepan sebilangan tindakan dari sayap konservatif parti beliau, yang diketuai oleh Abbott, dengan pelbagai isu sosial termasuklah perubahan iklim dan perkahwinan sama jantina.

Gambar yang diambil pada 20 September 2015 menunjukkan Turnbull mengumumkan kabinet baru persekutuan dalam sidang media di bangunan Parlimen di Canberra, Australia. – Reuters
Gambar yang diambil pada 20 September 2015 menunjukkan Turnbull mengumumkan kabinet baru persekutuan dalam sidang media di bangunan Parlimen di Canberra, Australia. – Reuters

Harga komoditi yang menjunam telah menghabiskan simpanan kerajaan, satu halangan besar kewangan bagi Turnbull, yang kebangkitannya sebahagiannya dicetuskan oleh imejnya sebagai pengurus kewangan yang bijak berdasarkan latar belakangnya dalam sektor swasta.

Pada bulan Disember Australia meramalkan defisit belanjawannya akan meningkat kepada A$37.4 bilion dalam tahun ini hingga Jun ketika kejatuhan harga bagi eksport sumber utama membuka jurang dalam hasil cukai.

Minggu lalu Turnbull membangkitkan kemungkinan membubarkan kedua-dua dewan parlimen dan mengadakan pilihan raya awal untuk memecahkan kebuntuan politik yang telah menyentap kerajaan. Keputusan untuk menghentikan GST mungkin akan menambah sedikit peluang pilihan raya awal, kata Peter Chen, pensyarah kanan dalam kerajaan di Universiti Sydney. – Reuters