PM Australia tubuh dana pembaharuan tenaga bersih

PM Australia tubuh dana pembaharuan tenaga bersih

SYDNEY, 23 Mac (Reuters) – Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull berkata hari ini negara akan menubuhkan dana pembaharuan tenaga bersih berjumlah A$1 bilion, dalam perubahan besar berbanding pendekatan pemimpin sebelumnya untuk memerangi perubahan iklim.

Bekas Perdana Menteri konservatif Tony Abbott dikritik oleh kumpulan alam sekitar kerana ketinggalan di belakang ekonomi maju lain apabila beliau mengumumkan pemotongan kepada pengeluaran gas rumah hijau Australia pada tahun lalu.

“Apa yang akan dilakukan setiap tahun adalah melabur A$100 juta dalam teknologi dan perniagaan tenaga bersih yang paling pintar dan paling canggih di Australia untuk memastikan kami memainkan peranan kami dalam menyelesaikan masalah amat sukar, mencabar kesulitan teknikal yang kami hadapi dari segi mengurangkan pengeluaran,” beritahunya kepada wartawan.

Abbott berjanji pengeksport arang batu dan bijih besi terbesar dunia itu akan mengurangkan pengeluaran sebanyak 26-28 peratus pada tahun 2030 berbanding tahap 2005, satu sasaran yang dikemukakannya sebagai sebahagian daripada rundingan mengenai perjanjian iklim global di Paris pada tahun lalu.

ARTIKEL YANG SAMA