PM Australia umum sasaran emisi baru

PM Australia umum sasaran emisi baru

SYDNEY, 11 Ogos – Perdana Menteri konservatif, Tony Abbott hari ini mengumumkan pengurangan emisi gas rumah hijau Australia yang segera mendapat kritikan oleh kumpulan persekitaran dan ahli politik pembangkang kerana ketinggalan di belakang negara-negara lain yang maju.

Pengeksport arang batu dan biji timah terbesar di dunia itu akan mengurangkan emisi dengan 26-28 peratus paras 2015 menjelang 2030, kata beliau, sasaran yang akan dikemukakan sebagai sebahagian rundingan perjanjian iklim sejagat di Paris pada akhir tahun ini.

Australia adalah salah sebuah pengeluar karbon terbesar pada asas setiap kapita disebabkan kebergantungannya pada kilang tenaga arang batu dan para pengkritik berkata langkah itu akan hanya sedikit membawanya sejajar dengan sasaran yang dicita-citakan yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU).

Abbott, yang menentang peraturan persekitaran yang menurut beliau boleh membahayakan pertumbuhan ekonomi, telah pun berdepan kritikan kerana sokongan kuatnya bagi industri arang batu dan kerana menamatkan cukai karbon dan rancangan perdagangan pengeluaran tahun lalu.

“Kita perlu bertanggung jawab dari segi persekitaran, tetapi kita perlu juga bertanggung jawab dari segi ekonomi. Kita perlu mengurangkan pengeluaran kita tetapi kita perlu mengurangkan pengeluaran kita dalam cara yang konsisten dengan pertumbuhan mantap yang berterusan,” Abbott memberitahu para wartawan.

“Perkara terakhir yang kita ingin lakukan ialah kita mengukuhkan persekitaran dan pada masa yang sama merosakkan ekonomi kita.”

Australia pada masa ini bermatlamat mengurangkan pengeluaran dengan 5 peratus menjelang 2020, berdasarkan tahap pengeluaran dalam tahun 2000.

Para pengkritik menuduh Abbott mempermainkan sistem dengan memilih 2005 dan bukannya 2000 bagi tanda aras baru. 2005 adalah tahun paling tinggi dalam sejarah pengeluaran karbon. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA