PM baru angkat sumpah

PM baru angkat sumpah

HANOI, 7 April (AFP) – Perdana Menteri Vietnam yang baru, Nguyen Xuan Phuc secara rasmi diundi dan diberikan penggal lima tahun oleh para ahli undangan hari ini untuk mengakhiri perubahan kepimpinan dalam kalangan pegawai tinggi tentera Komunis.

Phuc, 61 tahun adalah satu-satunya calon yang dipilih bagi jawatan itu oleh para pegawai parti awal tahun ini dan meraih 90.26 peratus undi dalam parlimen yang meluluskan.

Saya akan melakukan yang terbaik untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat,” beliau yang sebelumnya timbalan perdana menteri berkata selepas pengundian itu menurut VTV yang dikendalikan oleh kerajaan.

Vietnam, negara autoritarian dipimpin oleh Parti Komunis dan secara rasmi diterajui oleh pemerintahan bertiga, setiausaha agung parti, presiden dan perdana menteri, dengan keputusan utama dibuat oleh politburo yang mempunyai 19 anggota.

Ketua tertinggi komunis Nguyen Phu Trong dilantik semula pada Januari lalu sebagai setiausaha agung parti dalam kemenangan bagi pengawal lama parti.

Nguyen Xuan Phuc mengangkat sumpah selepas dipilih sebagai perdana menteri di Hanoi, bandar Vietnam pada 7 April. – Xinhua
Nguyen Xuan Phuc mengangkat sumpah selepas dipilih sebagai perdana menteri di Hanoi, bandar Vietnam pada 7 April. – Xinhua

Bekas reformis, Perdana Menteri Nguyen Tan Dung tewas dalam pilihan raya dalam parti dan meletak jawatan semalam.

Sabtu lalu, Dewan Perhimpunan Kebangsaan telah meluluskan jeneral tertinggi polis, Tran Dai Quang sebagai presiden – peranan yang sebahagian besarnya beristiadat. Bagaimanapun timbul reaksi tidak begitu ghairah dari kebanyakan pemerhati ekoran pelantikan Phuc.

“Tidak ada yang istimewa pada Nguyen Xuan Phuc. Saya tidak mengharapkan perubahan besar di bawah pemerhatiannya,” Jeneral Tentera Ngyuen Trong Vinh memberitahu AFP hari ini.

Bekas Perdana Menteri Nguyen Tan Dung, pemimpin berkarisma diberi pujian kerana berusaha bagi agensi pro-niaga, meninggalkan legasi bercampur-campur, dengan para pengkritik menyalahkannya bagi rasuah berleluasa dan ketidakcekapan dalam sektor kerajaan yang berselerak.

“Akan sangat sukar bagi Phuc untuk mengatasi kesukaran ekonomi yang ditinggalkan oleh kerajaan Nguyen Tan Dung,” veteran parti Komunis, Tran Tuan Hung, 76 tahun memberitahu AFP.

“Bagaimana beliau boleh menyelesaikan hutang awam, defisit belanjawan dan rasuah? Saya tidak begitu bergantung padanya atau banyak menjangkakan dari beliau,” ujarnya dengan menambah kata Phuc adalah anggota parti dan mungkin saluran rasmi bagi keputusan besar.