PM Benin selamat selepas insiden helikopter

PM Benin selamat selepas insiden helikopter

COTONOU, 27 Dis – Perdana Menteri Benin, Lionel Zinsou terselamat selepas helikopter yang dinaikinya melakukan pendaratan cemas di barat laut negara itu, menurut seorang pegawai hari ini.

Insiden itu berlaku kelmarin di sebuah stadium di Djougou namun tidak ada korban jiwa.

“Perdana menteri berada di dalamnya pada ketika pendaratan cemas dilakukan….dia keluar dengan selamat,” menurut sumber di kediaman presiden Benin kepada AFP.

“Ayah saya selamat. Tidak ada mangsa dalam insiden yang berlaku di Djougou. Terima kasih atas mesej anda,” tambah anak perempuan Zinsou, Marie-Cecile dalam Twitter.

Siasatan telah dijalankan untuk mencari punca insiden tersebut, kata polis.

Zinsou, bekas pemilik bank yang memegang kerakyatan Perancis dan Benin, telah mengatakan dia akan bertanding bagi calon parti pemerintah untuk pilihan raya presiden yang dijadualkan pada Februari. – AFP