PM Britain mahu tentera wanita terlibat di barisan depan

PM Britain mahu tentera wanita terlibat di barisan depan

LONDON, 20 Dis (AFP) – Perdana Menteri David Cameron memberitahu surat khabar The Sunday Telegraph, beliau mahu melihat tentera-tentera wanita Britain yang menjalani latihan untuk berjuang di barisan hadapan pada tahun 2016.

Cameron telah meminta Kementerian Pertahanan bersedia untuk menghantar tentera wanita dalam peranan gempur dekat daratan menjelang akhir tahun depan, selepas Washington mengumumkan bulan ini ketenteraannya akan membukakan semua kedudukan – termasuklah peranan gempur barisan depan – kepada tentera wanita.

“Setiausaha Pertahanan Michael Fallon dan saya bersatu untuk ingin melihat semua peranan dalam pasukan bersenjata kami dibukakan kepada wanita dalam tahun 2016,” kata Cameron.

Kami telah menarik balik beberapa sekatan dalam pasukan bersenjata kami dengan pengenalan tentera kapal selam wanita dan wanita mencapai kedudukan tertinggi dalam perkhidmatan.

“Kami seharusnya menyelesaikan tugas itu tahun depan dan membukakan peranan gempur daratan kepada wanita.”

Tentera wanita terdiri dari kira-kira 10 peratus pasukan bersenjata Britain.

Tentera wanita pada masa ini ditegah dari unit gempur daratan ‘yang mana peranan utama adalah dekat musuh dan membunuh musuh’.

Kajian itu tidak menemui ‘bukti menambat minat untuk membuktikan wanita kurang berkesan dalam situasi gempur dekat,” kata Fallon.

Bagaimanapun, kajian tersebut menggesa bagi penyelidikan seterusnya menjelang pertengahan 2016 ke atas tuntutan fisiologi peranan seumpama itu dalam tempoh masa terdekat.

“Saya harap ekoran usaha seterusnya ke atas rejim latihan kami dan juga peralatan, kami boleh membukakan peranan gempur kepada wanita dalam tahun 2016,” Fallon menulis dalam The Sunday Telegraph.

Menteri itu menegaskan apa saja hasil kajian itu, ‘keberkesanan gempur masih paling utama’.

“Standard latihan tidak boleh direndahkan untuk menyesuaikan wanita,” katanya, dengan menambah kata tidak semua tentera wanita akan lulus ujian itu.

“Tetapi dengan memastikan kemampuan, bukan jantina, memastikan siapa berjaya, kami memberikan semua orang peluang untuk bersaing bagi sebarang peranan tentera.”

Sebilangan jawatan barisan hadapan telah dibukakan kepada wanita dua dekad lalu, terutamanya bagi paramedik, jurutera dan artileri.