PM British keluarkan ringkasan cukai

PM British keluarkan ringkasan cukai

LONDON, 10 April (AFP) – Perdana Menteri Britain David Cameron hari ini mengeluarkan butiran cukai beliau dalam usaha untuk menangkis satu perbalahan mengenai perniagaan luar pesisir bapanya, dan mengumumkan kumpulan petugas baru untuk meneliti Kerta Panama.

Beratus penunjuk perasaan berkumpul di luar pejabat Cameron semalam meminta beliau meletak jawatan selepas beliau akhirnya mengakui memiliki saham dalam dana pelaburan bapanya yang berpangkalan di Bahamas, yang muncul dalam dokumen yang dibocori daripada firma guaman Panama Mossack Fonseca.

Cameron mengambil tindakan untuk menyiar ringkasan pulangan cukainya dalam tempoh enam tahun lalu, dan mengesahkan beliau telah menerima hadiah bernilai 200,000 pound daripada ibunya, selain daripada warisan berjumlah 300,000 pound daripada bapanya.

David Cameron menyampaikan taklimatnya kepada perwakilan semasa Forum parti Konservatif Spring di pusat bandar London pada Sabtu lalu. – AFP
David Cameron menyampaikan taklimatnya kepada perwakilan semasa Forum parti Konservatif Spring di pusat bandar London pada Sabtu lalu. – AFP

Ia kemungkinan besar menimbulkan persoalan lanjut mengenai sama ada hadiah daripada ibunya datang sebahagiannya daripada dana luar pesisir. Perdana menteri mengakui semalam ia “bukan minggu yang hebat,” dan beliau “sepatutnya mengendali” keadaan tersebut dengan lebih baik, setelah berkata pada mulanya bahawa ia adalah isu peribadi.

Pendedahan itu nampaknya telah menjejas dakwaan Cameron untuk mempelopori tindakan keras global ke atas tempat perlindungan luar pesisir. Namun perdana menteri hari ini menegaskan Britain berada “di depan tindakan antarabangsa untuk mengatasi pengelakan membayar cukai” dengan pengumuman pasukan petugas berjumlah 10 juta pound, menurut satu kenyataan daripada Perbendaharaan.

Pasukan itu akan dipimpin oleh pihak berkuasa percukaian HMRC dan Agensi Jenayah Negara, dan akan menyiasat fail dibocori daripada Mossack Fonseca untuk mengenalpasti anak guaman yang disyaki membersih wang dan mengelak membayar cukai.

ARTIKEL YANG SAMA