PM China akan lawat Perancis, Belgium

PM China akan lawat Perancis, Belgium

BEIJING, 23 Jun (AFP) – Perdana Menteri China, Li Keqiang akan melawat Perancis dan Belgium bermula hujung minggu ini, menurut kementerian luar negeri hari ini.

Li akan mengunjungi ibu pejabat Persatuan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) di Paris dan menghadiri mesyuarat para pemimpin EU-China ke-17 di Brussels, menurut kementerian dalam satu kenyataan di laman webnya.

Lawatan itu akan berakhir bermula 28 Jun hingga 2 Julai.

Menteri Luar Negeri Perancis, Laurent Fabius mengatakan dalam lawatan ke Beijing bulan lalu bahawa Li akan mengunjungi Paris dan Toulouse.

Topik-topik yang dibincangkan semasa lawatan itu mungkin termasuk ‘pembangunan projek bersama dalam pasaran ketika, sama ada Asia atau pasaran Afrika,” kata Fabius pada waktu itu.

EU merupakan rakan perdagangan terbesar China, sementara di Asia, EU adalah yang kedua terbesar.

ARTIKEL YANG SAMA