PM Fiji buat lawatan pertama ke New Zealand

PM Fiji buat lawatan pertama ke New Zealand

WELLINGTON, 17 Okt – Perdana Menteri Fiji, Josaila Voreqe Bainimarama akan mengadakan lawatan rasmi ke New Zealand minggu ini, ketika kedua-dua negara itu terus menjalin hubungan.

Bainimarama akan mengadakan lawatan rasmi pertama ke New Zealand sebagai Perdana Menteri bermula 19 hingga 23 Oktober, menurut kenyataan Perdana Menteri New Zealand John Key hari ini.

“New Zealand dan Fiji mempunyai hubungan kukuh dalam pelbagai bidang dan lawatan Perdana Menteri merupakan peluang seterusnya untuk membincangkan isu-isu kepentingan bersama,” kata Key lagi.

Pada Jun lalu, Key menjadi Perdana Menteri pertama New Zealand yang melawat Fiji dalam tempoh 10 tahun dan telah mengadakan rundingan dengan Bainimarama. Kerjasama Pertahanan secara rasmi dimulakan semula antara kedua-dua pasukan tentera pada lewat 2014 ekoran penjalinan hubungan.

Pasukan Pertahanan New Zealand banyak terlibat dalam memberi respons kepada Puting beliung Tropika, Winston yang melanda Fiji pada Februari lalu, dengan menghantar anggota pengaman terbesarnya ke Pasifik, yang melibatkan kapal, pesawat udara, dan lebih 500 orang kakitangan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA