PM Greece tekad selesai hutang

PM Greece tekad selesai hutang

BRUSSELS, 8 Julai (AFP) – Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras berkata negaranya sedang berjuang untuk menamatkan krisis hutang sehingga mengancam keanggotaannya dalam zon Euro.

Bercakap kepada media selepas Sidang Kemuncak Tergempar Zon Euro, hari ini beliau berkata kerajaan meneruskan usaha untuk mendapatkan mandat rakyat untuk mengakhiri kemelut ekonomi dalam negara itu.

“Kerajaan terus berusaha untuk mendapatkan mandat rakyat sebagai senjata dan keinginan tahap tinggi agar bersama-sama mengakhiri episod ini dan akhirnya keluar daripada krisis,” katanya.

Sementara itu, Presiden Perancis, Francois Hollande berkata Greece masih perlu mengemukakan ‘cadangan yang berwibawa dan serius’ bagi membuktikan negara itu masih sebahagian daripada 19 negara zon Eropah.

Perdana menteri Greece ketika memohon untuk kekal berada di zon euro di parlimen Eropah. – Reuters
Perdana menteri Greece ketika memohon untuk kekal berada di zon euro di parlimen Eropah. – Reuters