PM Iceland letak jawatan

PM Iceland letak jawatan

REYKJAVIK, 6 April – Perdana Menteri Iceland Sigmundur David Gunnlaugsson menjadi korban besar pertama pendedahan ‘Panama Papers’, dengan meletak jawatan semalam selepas fail-fail yang dibocorkan menunjukkan isterinya memiliki sebuah firma luar pesisir dengan memiliki saham besar ke atas bank-bank di negara itu yang mengalami kejatuhan.

Timbalan ketua parti memerintah, Parti Progresif, Sigrudur Iingi Johannsson yang memegang jawatan menteri perikanan dan pertanian, memberitahu para pemberita Gunnlaugsson meletak jawatan dan parti itu telah mencadangkan rakan campuran rendah mereka, Parti Kebebasan supaya dia sendiri menjadi perdana menteri baru.

Kedua-dua parti telah membincangkan perkara itu petang semalam tetapi tidak ada persetujuan dicapai. Rundingan dijangka diteruskan.

Dokumen-dokumen yang dibocorkan dari sebuah firma undang-undang Panama yang khusus dalam penubuhan syarikat-syarikat luar pesisir telah menunjukkan tentang kewangan ahli-ahli politik dan mereka yang terkenal dari seluruh dunia, yang mencetuskan kemarahan awam tentang bagaimana mereka yang berpengaruh boleh menyembunyikan wang dan mengelak cukai.

Gambar fail bertarikh 19 Jun 2013 menunjukkan Sigmundur David Gunnlaugsson menghadiri sidang akhbar di Stockholm, Sweden. - Reuters
Gambar fail bertarikh 19 Jun 2013 menunjukkan Sigmundur David Gunnlaugsson menghadiri sidang akhbar di Stockholm, Sweden. – Reuters

Menambah lagi kekeliruan kepada krisis politik,sebuah kenyataan yang dihantar melalui e-mel malam semalam oleh jurucakap kerajaan Sigurdur Jonsson berkata Gunnlaugsson mencadangkan Johnnsson mengambil alih jawatan perdana menteri ‘bagi tempoh masa yang tidak dinyatakan’. Perdana Menteri tidak meletak jawatan dan akan terus menjadi pengerusi Parti Progresif,” menurutnya.

Jurucakap kerajaan Iceland berkata saham, ke atas bank-bank di Iceland yang mengalami kejatuhan dipegang oleh firma milik isteri perdana menteri yang mana beliau juga buat tempoh sementara memegang saham itu – berjumlah lebih 500 juta crown. Gunnlaugson berkata aset isterinya dicukai di Iceland.

Keputusannya untuk meletak jawatan dibuat selepas beribu-ribu penduduk Iceland berhimpun di hadapan parlimen Isnin lalu, melontar telur dan pisang dan menuntut pengunduran pemimpin dari kerajaan campuran berhaluan sederhana yang telah berkuasa sejak 2013. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA