PM India adakan rundingan dengan presiden Kenya

PM India adakan rundingan dengan presiden Kenya

NAIROBI, Kenya, 11 Julai – Perdana Menteri India, Narendra Modi hari ini mengadakan rundingan bersama Presiden Kenya, Uhuru Kenyatta di Nairobi dan bersetuju untuk mengembangkan lagi hubungan pelaburan antara kedua-dua buah negara dan mempelbagaikan perdagangan.

Modi memberi ucapan kepada puluhan ribu orang yang berketurunan India di stadium terbesar Kenya pada malam Ahad, selepas tiba dari Tanzania.

Beliau menerima perbarisan kawalan kehormat dan tembakan 19 das hari ini oleh tentera Kenya di Rumah Kerajaan, kediaman rasmi presiden, sebelum bertemu dengan Kenyatta.

India merupakan rakan perdagangan terbesar Kenya dan pelabur kedua terbesar namun lebih banyak lagi boleh dilakukan, kata Modi selepas rundingan itu.

“India adalah salah satu tempat cerah dalam ekonomi dunia. Dan Kenya adalah tanah bagi peluang kukuh,” kata Modi lagi. – AP

ARTIKEL YANG SAMA