PM India mungkin lawat AS pada Jun

PM India mungkin lawat AS pada Jun

NEW DELHI, 14 April (Xinhua) – Perdana Menteri India, Narendra Modi akan mengunjungi Amerika Syarikat (AS) lagi pada Jun ini bagi mesyuarat bilateral bersama Presiden AS, Barack Obama, menurut sumber hari ini.

“Walaupun tidak ada pengesahan mengenai tarikh lawatan Modi, ia sepertinya beliau akan mengunjungi negara itu bersama para pemimpin dunia lain, pada minggu pertama bulan Jun,” menurut sumber berkenaan.

Sumber itu juga mengatakan, lawatan tersebut akan menjadi undangan daripada Presiden Obama yang mana tempoh penggal jawatannya akan berakhir awal tahun depan.

Perdana Menteri India sejauh ini sejauh ini telah mengunjungi AS tiga kali sejak menjawat jawatannya pada Mei 2014 dan yang terbaru pada awal April apabila dia pergi ke Washington untuk menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.

Semasa tempoh pemegangan jawatan Modi, Presiden Obama juga mengunjungi India pada Januari tahun lepas apabila dia dijemput sebagai ketua tetamu dalam perayaan Hari Republik negara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA