PM Iran tangguh lawatan ke Austria

PM Iran tangguh lawatan ke Austria

VIENNA, 30 Mac (AFP) – Presiden Iran Hassan Rouhani telah menangguhkan lawatannya ke Austria minggu ini atas sebab-sebab keselamatan, lawatan beliau kali kedua ke Eropah sejak perjanjian nuklear tahun lalu, Presiden Austria itu berkata kelmarin.

“Lawatan Presiden Hassan Rouhani dan delegasinya dari 30-31 Mac telah ditangguhkan oleh pihak Iran atas sebab-sebab keselamatan,” katanya dalam satu kenyataan, tanpa memberi maklumat lanjut.

Laman web rasmi kerajaan Iran mengesahkan penangguhan itu, yang dibuat ‘dengan persetujuan bersama’, tetapi tidak berkata apa-apa tentang masalah keselamatan itu. Vienna dan Tehran tidak memberikan tarikh baru bagi lawatan tersebut.

Gambar fail bertarikh 26 Mac 2016 menunjukkan Hassan Rouhani bercakap semasa sidang akhbar di Islamabad, Pakistan. – Reuters
Gambar fail bertarikh 26 Mac 2016 menunjukkan Hassan Rouhani bercakap semasa sidang akhbar di Islamabad, Pakistan. – Reuters

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Austria, Karl-Heinz Grundbok berkata terdapat “tiada tanda-tanda konkrit mengenai sebarang ancaman keselamatan” di Vienna.

Rouhani telah dijadualkan bertemu Presiden Austria Heinz Fischer hari ini di Vienna dan Canselor Werner Faymann pada hari berikutnya, serta menghadiri forum ekonomi Austro-Iran.

Pilihan raya 2013 Rouhani, membawa kepada sesuatu pendekatan dengan Barat yang seterusnya membantu Iran dan kuasa-kuasa besar mencapai perjanjian nuklear yang besar di Vienna pada Julai lalu.

ARTIKEL YANG SAMA