PM Itali tekan persetujuan ekonomi

PM Itali tekan persetujuan ekonomi

TEHRAN, 12 April (AFP) – Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi berusaha untuk memulihkan pengaruh ekonomi negaranya di Iran hari ini ketika dia menjadi pemimpin berpangkat tinggi Eropah yang mengunjungi Tehran sejak perjanjian nuklearnya bersama kuasa-kuasa dunia.

Ditemani bersama seramai 250 anggota delegasi, Renzi memulakan lawatan dua hari ke republik Islam itu yang dihasratkan untuk memulihkan hubungan sebelum sekatan yang menyaksikan Itali adalah sebagai rakan perdagangan Eropah utama Iran.

Berikutan majlis perasmian tersebut, beliau telah mengadakan rundingan dengan Presiden Hassan Rouhani, yang melawat Rom pada Januari beberapa hari selepas sekatan dibatalkan di bawah perjanjian nuklear.

ARTIKEL YANG SAMA