PM Kanada mohon maaf insiden Komagata Maru

PM Kanada mohon maaf insiden Komagata Maru

OTTAWA, 12 April (Bernama) – Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau akan mengemukakan permohonan maaf secara rasmi di atas keputusan kerajaan pada tahun 1914 yang tidak membenarkan kaum Sikh India memasuki negara itu, lapor agensi berita China Xinhua pada Isnin.

“Sebagai sebuah negara, kita tidak sepatutnya melupakan tindakan dilakukan kerajaan Kanada itu kerana ia telah menyebabkan komuniti Sikh menderita,” kata Trudeau.

“Disebabkan itu pada 18 Mei bulan hadapan, saya akan membuat permohonan maaf di Dewan Rakyat di atas insiden Komagata Maru,” katanya.

Pada 23 May 1914, kapal Kogamata Maru yang membawa 376 orang dari wilayah Punjab India yang kebanyakannya terdiri daripada kaum Sikh telah belayar ke pelabuhan Vancouver.

Kerajaan Kanada pada ketika itu tidak membenarkan penumpang kapal berkenaan turun dan kapal terpaksa berlabuh di pelabuhan selama dua bulan.

Pada 23 Julai 1914 dengan diiringi kapal laut Kanada, kapal Komagata Maru diarah kembali semula ke India.