PM Kemboja teguhkan pendirian

PM Kemboja teguhkan pendirian

PHNOM PENH, 19 Sept – Perdana menteri Kemboja berikrar hari ini akan ‘menghapuskan’ pencabarnya jika mereka meneruskan dengan rancangan untuk mengadakan bantahan di seluruh negara ke atas tindakan keras kerajaan yang telah mencetus kebimbangan antarabangsa.

Retorik terbaru, yang paling lantang oleh Perdana Menteri Hun Sen dalam beberapa bulan ini, memburukkan lagi ketegangan politik di negara itu, yang akan mengadakan pilihan raya negara pada 2018. Kumpulan hak telah menuduh pentadbiran Perdana Menteri Hun Sen menahan berpuluh pengkritik dan membicarakan pencabar lain dalam kes perundangan.

Penolong pemimpin parti pembangkang utama Kem Sokha telahpun bersembunyi selama beberapa minggu di pejabatnya.

Beliau dijatuhi hukuman penjara pada awal bulan ini kerana enggan hadir di mahkamah berhubung pendakwaan skandal seks yang dikatakan oleh pembangkang sebagai bermotifkan politik.

Partinya telah mengugut akan mengadakan tunjuk perasaan di seluruh negara jika tindakan diambil untuk menahan beliau atau jika tindakan keras diteruskan. – AFP

“Jangan ugut saya dengan tunjuk perasaan sebagai tukaran kepada rundingan. Jangan harap, adik!” kata Hun Sen pada satu majlis konvokesyen universiti hari ini, dalam ucapan yang panjang. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA