PM Korea S dilontar telur

PM Korea S dilontar telur

SEOUL, Korea Selatan 15 Julai – Penduduk-penduduk di luar bandar Korea Selatan yang berang melontar telur dan botol air ke arah Perdana Menteri hari ini untuk membantah rancangan untuk menempatkan sistem pertahanan peluru berpandu canggih AS di kawasan mereka.

Awal minggu ini, Korea Selatan telah mengumumkan bahawa sistem peluru berpandu dipanggil Terminal High-Altitude Area Defense atau THAAD akan ditempatkan di bandar pertanian tenggara, Seoungju menjelang akhir tahun ini untuk dengan lebih baik lagi menangani ancaman Korea Utara.

Para penduduk Seongju melancarkan bantahan, dengan mengatakan mereka bimbangkan kemungkinan bahaya kesihatan akibat dari sistem peluru berpandu itu.

Perdana Menteri Hwang Kyo-ahn, yang diiringi oleh menteri pertahanan dan yang lain cuba menjelaskan keputusan itu kepada para penduduk tetapi terus diganggu oleh ejekan-ejekan.

Sesetengah mereka melontar telur dan botol air, dengan menjerit, “Kami membantah penempatan THAAD dengan kehidupan kami,” menurut tayangan TV. Hwang tidak secara langsung terkena mana-mana objek kerana pengawal keselamatan dan para penolong menggunakan payung dan beg untuk melindungi.

Tetapi sut jaketnya dikotori oleh telur dan dia telah dipindahkan ke pejabat dewan bandar. Apabila dia dan yang lain keluar dari bangunan memasuki sebuah bas, mereka telah dikelilingi oleh ratusan pembantah, sebilangan mereka menggunakan traktor.

Para pegawai Korea Selatan telah menafikan sebagai tidak berasas yang mana sistem radar THAAD mengeluarkan gelombang elektromagnet yang boleh mengakibatkan masalah kesihatan. Para pegawai pertahanan berkata sistem AS itu tidak berbahaya jika orang ramai menjauhinya sekurang-kurangnya 100 meter.– AP