PM lawat York yang dibanjiri

PM lawat York yang dibanjiri

YORK, United Kingdom, 28 Dis – Perdana Menteri Britain, David Cameron meninjau bandar bersejarah York yang dilanda banjir hari ini ketika bandar-bandar dan perkampungan di seluruh utara England bergelut untuk pulih berikutan ribut yang memusnahkan.

Cameron bertemu askar-askar dan sukarelawan yang membantu penduduk ekoran banjir ketika beliau berdepan dengan tekanan agar bertindak segera bagi mencegah huru-hara selanjutnya pada masa hadapan.

Sekitar 500 kemudahan awam telah dibanjiri di York, destinasi pelancongan terkenal di Britain, kelmarin, ketika dua batang sungai melimpahi tebingnya. Beberapa jalan-jalan dibanjiri sehingga mencecah bumbung kereta.

Anggota tentera membantu menyusun beg pasir untuk melindungi kemudahan dan bangunan perniagaan sementara perkhidmatan kecemasan berkayuh di sekitar jalan-jalan itu menggunakan bot getah untuk mencari penduduk yang terkandas.

Banjir juga melanda bandar-bandar utara Leeds dan Manchester baru-baru ini, serta beberapa buah bandar dan kampung di rantau itu.

David Cameron menyapa askar-askar yang bekerja membantu mangsa banjir di pusat bandar York selepas sungai Ouse melimpahi tebingnya, utara England, pada 28 Disember. – Reuters
David Cameron menyapa askar-askar yang bekerja membantu mangsa banjir di pusat bandar York selepas sungai Ouse melimpahi tebingnya, utara England, pada 28 Disember. – Reuters

“Mari kita lihat sama ada, banyak lagi yang kita perlu dilakukan,” Cameron memberitahu Sky News apabila ditanya tentang respons kerajaan.

“Selepas berlakunya bencana ini, ia adalah masa yang betul untuk memikirkannya, lihat apa yang telah anda belanjakan, apa yang telah anda bina, apa rancangan anda untuk membelanjakan, apa rancangan anda untuk membina dan kerjakan adakah di landasan yang betul, adakah kita lakukannya dalam cara yang betul, adakah kita perlu melakukannya lebih?”

Agensi Alam Sekitar telah memberi 10 amaran banjir teruk hari ini, menandakan ‘bahaya kepada nyawa,’ terutamanya di sepanjang sungai-sungai besar di Yorkshire.

Terdapat juga lebih 150 amaran banjir atau berjaga-jaga di England dan Wales, bermaksud banjir itu sama ada akan berlaku atau kemungkinan berlaku.

Cameron sudah menghantar lebih 200 askar lagi untuk membantu 300 yang sudah ada di lapangan di utara England untuk mengatasi efek banjir kelmarin. Manakala 1,000 lagi sedang bersiap-sedia jikalau situasi semakin memburuk. – AFP