PM Lee sampai ucapan pada 21 Ogos

PM Lee sampai ucapan pada 21 Ogos

SINGAPURA, 15 Ogos – Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan menyampaikan ucapan Perhimpunan Hari Kebangsaan 2016 pada 21 Ogos di Institut Pendidikan Teknikal.

Dalam kenyataan hari ini, Pejabat Perdana Menteri (PMO) berkata Lee akan menyampaikan ucapannya dalam bahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris.

PMO berkata Perhimpunan Hari Kebangsaan boleh ditonton secara langsung di www.youtube.com/pmosingapore dan www.ndr.sg.

Perhimpunan itu juga akan disiarkan secara langsung di saluran TV dan stesen radio tempatan, dan juga di laman Facebook Lee di www.facebook.com/leehsienloong) dan laman web REACH www.reach.gov.sg/nationaldayrally2016), menurutnya.

PMO Singapura berkata, maklumat lanjut mengenai dasar-dasar kerajaan Singapura, video mengenai Penjagaan Kesihatan, Perumahan, Pendidikan, Pengangkutan, Kualiti Hidup dan Kos Hidup boleh ditonton di www.gov.sg. – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA