PM M’sia bidas laporan ‘sabotaj politik’

PM M’sia bidas laporan ‘sabotaj politik’

KUALA LUMPUR, 3 Julai (Reuters) – Perdana Menteri Malaysia Najib Razak membidas satu laporan yang mengatakan hampir $700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau dari bank-bank, agensi-agensi kerajaan dan syarikat-syarikat yang mempunyai kaitan dengan dana negara yang dibebani hutang 1MDB, dengan mendakwa ia adalah ‘sabotaj politik yang berterusan’.

Laporan Wall Street Journal itu, jika benar, adalah kali pertama perdana menteri yang dihantui keraguan itu, dikaitkan secara langsung dengan tuduhan rasuah yang menyelubungi dana itu. Reuters tidak dapat mengesahkan laporan tersebut.

“Terdapat usaha bersepadu oleh beberapa individu untuk melemahkan keyakinan dalam ekonomi kita, mencemarkan kerajaan, dan menyingkirkan perdana menteri yang dipilih secara demokrasi,” menurut kenyataan pejabat Najib di laman Facebook beliau.

“Dakwaan terbaru ini, yang dianggap ditulis oleh penyiasat-penyiasat yang tidak diketahui namanya sebagai asas untuk membidas perdana menteri, adalah merupakan sabotaj politik yang berterusan,” katanya lagi.

Kenyataan itu mengatakan dokumen yang dipetik dalam laporan tersebut seharusnya tidak diterima sebagai asli melainkan disahkan oleh pihak berkuasa yang sesuai.

Seorang pekerja pembinaan melintasi tapak pembinaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kemegahan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur pada 3 Julai. – AFP
Seorang pekerja pembinaan melintasi tapak pembinaan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) kemegahan Tun Razak Exchange di Kuala Lumpur pada 3 Julai. – AFP

Ia merujuk kepada laporan tentang jenayah membocorkan dokumen, pemalsuan dan peras ugut berkaitan 1MDB yang baru-baru ini disiarkan dalam media.

“Dalam merujuk kepada laporan media yang disiarkan awal hari ini, 1MDB ingin menjelaskan bahawa syarikat itu tidak pernah memberi sebarang dana kepada perdana menteri,” 1MBD berkata dalam satu kenyataan.

“Untuk mengatakan sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh sebilangan outlet media, adalah cubaan yang tidak bertanggungjawab dan disengajakan untuk menjejaskan syarikat.”

Dua parti pembangkang menggesa Najib bercuti ketika dakwaan itu disiasat.

Najib, anak kepada bekas perdana menteri, dilemahkan oleh bidasan daripada pihak pembangkang dan dari dalam parti beliau sendiri oleh dakwaan rasuah dan pengurusan salah.

Bagaimanapun beliau mengekalkan sokongan dalam parti campuran yang telah lama memerintah Barisan Nasional (BN).

Bekas pemimpin Mahathir Mohamad, yang pernah menjadi penaung Najib dan masih begitu berpengaruh sebelum ini menggesa perdana menteri itu meletak jawatan berhubung kegemparan 1MDB.

Mahathir Mohamad, perdana menteri Malaysia yang lama berkhidmat menarik balik sokongannya bagi Najib selepas parti campuran BN meraih majoriti popular yang kurang dalam pilihan raya 2013 tetapi mengekalkan kuasa.

Najib, kini dalam penggal keduanya, juga tertekan berhubung pengurusan ekonomi dan skandal yang muncul daripada pembunuhan seorang model Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang begitu ditonjolkan sembilan tahun lalu.