PM Najib ucap takziah bencana gempa bumi

PM Najib ucap takziah bencana gempa bumi

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan penduduk Itali dan Myanmar susulan bencana gempa bumi di kedua-dua negara yang telah meragut banyak nyawa.

“Saya mengucapkan takziah kepada kerajaan dan rakyat Itali yang terjejas akibat kejadian gempa bumi.

“Myanmar turut terjejas kejadian gempa bumi dengan beberapa tapak bersejarah rosak dan banyak nyawa terkorban. Saya bersimpati dengan penduduk Myanmar,” katanya dalam catatan di akaun Twitter beliau, @NajibRazak, hari ini. – Bernama