PM Nepal akan lawat India

PM Nepal akan lawat India

KATHMANDU, Nepal, 12 Feb – Perdana Menteri Nepal, Sharma Oli, akan memulakan lawatan rasmi enam hari ke India pada 19 Februari ini, kata seorang jurucakap kerajaan.

Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Oli, Khamis lalu mengarahkan Kementerian Luar untuk membuat persediaan bagi lawatan itu nanti, Menteri Penerangan dan Komunikasi Sheridan Rai memberitahu kepada media pada malam Khamis selepas mesyuarat itu.

Perdana Menteri akan tinggal di ibu negara India, New Delhi, sehingga 23 Februari atas jemputan rakan sejawatannya dari India, Narendra Modi.

Pegawai berkata, lawatan Perdana Menteri itu akan memberi tumpuan untuk memulihkan hubungan dua hala kembali pulih seperti biasa selepas keadaan yang tidak menentu berikutan pengisytiharan perlembagaan baru di Nepal September lalu. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA