PM Pakistan lawat 2 negara

PM Pakistan lawat 2 negara

ISLAMABAD, 17 Jan – Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif akan mengetuai delegasi peringkat tertinggi ke Arab Saudi dan Iran minggu ini untuk cuba meredakan ketegangan antara negara-negara Islam, menurut menteri hari ini.

Menteri Penerangan, Pervez Rashid memberitahu AFP, Sharif akan berkunjung ke Riyadh pada Isnin dan Tehran pada Selasa dan akan bertemu dengan Raja Saudi, Salman bin Abdulaziz dan Presiden Iran, Hassan Rouhani.

Jurucakap kementerian luar negeri, Qazi Khalilullah mengatakan Sharif akan bertukar-tukar pandangan ke atas isu serantau dan antarabangsa dan cuba untuk mengurangkan ketegangan antara kedua-dua buah negara. – AFP