PM Pakistan mahu berunding dengan India

PM Pakistan mahu berunding dengan India

ISLAMABAD, 6 Okt – Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif berkata semalam negaranya mahu menyelesai semua isu yang masih belum selesai dengan India menerusi dialog. Sharif mengeluarkan kata-kata tersebut pada satu sesi bersama parlimen yang diadakan untuk membincangkan ketegangan di antara kedua-dua negara sekarang.

Beliau menggesa India supaya tampil ke depan dan bekerjasama atau bersaing untuk membasmi kemiskinan dan pengangguran dari rantau dan berusaha untuk kebajikan penduduk rantau. Perdana menteri berkata adalah menyesalkan yang India menyalahkan Pakistan enam jam selepas serangan di Kashmir, menambah Pakistan telah menuntut siasatan yang tidak berat sebelah dalam kejadian itu. – Xinhua