PM Perancis bergurau dengan robot

PM Perancis bergurau dengan robot

TOKYO, 5 Okt (AFP) – Robot-robot sudah lama mengambil alih tugas-tugas pekerja dalam industri namun berapa lama mereka akan menggantikan ahli politik?

Itu adalah soalan falsafah berduri yang dihadapi oleh Perdana Menteri Perancis semasa satu lawatan ke Jepun hari ini.

Dalam banyak pertemuannya, Manuel Valls telah diperkenalkan kepada Nao dan Pepper, dua robot yang suka berceloteh yang dengan penuh hormat mengalu-alukannya ke pentas sebagai ‘menteri kepada menteri-menteri’.

“Saya sangat mengagumi kemampuan bakat robot-robot berkenaan,” kata Valls berseloroh.

“Namun saya berharap dalam mana-mana kes, buat masa ini, inovasi mereka terhenti sebelum mereka dapat menjadi seorang Perdana Menteri, atau menteri kepada menteri-menteri,” tambahnya.

Lawatan tiga hari Valls, yang termasuk mesyuarat bersama Perdana Menteri Shinzo Abe pada Sabtu, telah dianggap sebagai satu perayaan bagi kerjasama Jepun-Perancis.

Pepper dan Nao kedua-duanya contoh terbaik bagi perkara itu.

Robot tersebut direka dan diprogram oleh syarikat robotik Perancis, Aldebaran sebelum ia dibeli oleh syarikat teknologi Jepun, Softbank.

Kedua-dua robot itu boleh dibeli di Jepun dengan Pepper – yang menurut perekanya, boleh membaca emosi manusia – berharga sekitar AS$1,600.

ARTIKEL YANG SAMA