PM Singapura lawat Myanmar, perkukuh silaturahim

PM Singapura lawat Myanmar, perkukuh silaturahim

NAY PYI TAW, 7 Jun – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong, tiba di Nay Pyi Taw hari ini dalam rangka lawatan tiga hari ke Myanmar, yang bertujuan memperkukuh persahabatan dan kerjasama kedua-dua negara serta membantu Myanmar dalam pembangunannya, lapor agensi berita China Xinhua.

Lee adalah pemimpin pertama Asia yang mengunjungi Myanmar selepas kerajaan baharu mengambil alih pentadbiran pada 1 April dan lawatan itu atas jemputan Presiden Myanmar, U Htin Kyaw. Kunjungan Lee juga adalah sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Myanmar-Singapura. – Bernama

Lee Hsien Loong (kiri) bercakap dengan Presiden Myanmar Htin Kyaw semasa lawatan mereka di rumah presiden di Naypyidaw pada 7 Jun. – AFP
Lee Hsien Loong (kiri) bercakap dengan Presiden Myanmar Htin Kyaw semasa lawatan mereka di rumah presiden di Naypyidaw pada 7 Jun. – AFP