PM Singapura terima undangan Obama

PM Singapura terima undangan Obama

SINGAPURA, 2 Jun – Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong telah menerima undangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama untuk bertemu dengannya di Washington D.C. pada Ogos, menurut Lee hari ini.

Perdana menteri berkata demikian catatan kemas kini Facebooknya bahawa ‘Singapura memiliki hubungan dengan AS’ dan beliau amat teruja dengan lawatan itu.

“Ia akan menandakan kemajuan yang telah kami capai, terutamanya dalam pentadbiran ini. Ia juga akan menjadi satu peluang untuk melihat bagaimana kami boleh membina persahabatan kami di sebalik pilihan raya AS pada November,” tambah Lee.

Rumah Putih kelmarin mengatakan dalam satu kenyataan bahawa Obama akan menghoskan Lee di Rumah Putih bagi lawatan rasmi dan makan malam negara pada 2 Ogos bagi meraikan ulang tahun hubungan diplomatik ke-50 antara kedua-dua buah negara. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA