PM Turki ancam pengkritik

PM Turki ancam pengkritik

WASHINGTON, 1 April (Reuters) – Presiden Turki Tayyip Erdogan mengingatkan semalam beliau akan terus menyaman pengkritik yang menghinanya di Turki, di mana wartawan dan pengkritik presiden lain telahpun dipenjarakan. Beliau mengeluarkan teguran tersebut di Washington, sehari sebelum satu perbicaraan di Istanbul diteruskan dalam perbicaraan dua wartawan Turki terkenal.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang telah mengkritik saya tetapi jika mereka menghina saya, peguam saya akan memfailkan satu tindakan guaman,” kata Erdogan, bercakap pada satu acara mengenai isu sampingan Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear.

Sebuah mahkamah Turki pada hari ini meneruskan perbicaraan dua wartawan kerana menerbit gambar yang menunjukkan agensi risikan Turki menghantar trak yang penuh dengan senjata kepada pejuang penentang di Syria pada awal 2014.

Tatkala pembantah melaung dan mengibar panji-panji di luar, kakitangan keselamatan Turki cuba menghalang tiga wartawan Turki daripada membuat liputan mengenai acara berkenaan, diadakan di kumpulan pemikir Institusi Brookings.

Tayyip Erdogan bercakap semasa di Brookings Institution, Khamis lalu. – AFP
Tayyip Erdogan bercakap semasa di Brookings Institution, Khamis lalu. – AFP

Adem Yavuz Arslan, seorang wartawan dengan Ozgur Dusunce, akhbar pembangkang Turki yang bersekutu dengan ulama Fethullah Gulen yang berpangkalan di AS, seorang bekas sekutu Erdogan, berkata pengawal keselamatan mengugut beliau. “Mereka berkata, ‘Kami akan bunuh kamu. Kamu adalah pengganas,” kata Arslan.

Seorang pendakwa telah mendakwa Can Dundar, ketua editor Cumhuriyet, dan Erdem Gul, ketua biro akhbar di Ankara, kerana cuba mengguling kerajaan dengan menyiar video yang menunjukkan agensi risikan negara Turki membantu membawa senjata dengan trak ke Syria pada 2014.

Erdogan, di mana kerajaannya telah menerima kritikan antarabangsa disebabkan sekatan kebebasan berakhbar, telah berikrar Dundar akan “menanggung akibatnya.” Kedua-dua wartawan mungkin menghadapi hukuman penjara seumur hidup jika disabit bersalah.

Dalam ucapan beliau di Washington, Erdogan berkata tidak ada wartawan yang dipenjarakan disebabkan kerja mereka, sambil menambah kebanyakkan daripada 52 wartawan di penjara Turki telahpun disabit bersalah atau menghadapi dakwaan keganasan.

ARTIKEL YANG SAMA