PM Turki beri amaran aktifkan peraturan ketenteraan

PM Turki beri amaran aktifkan peraturan ketenteraan

ANKARA, 5 Okt (AFP) – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu semalam memberi amaran Ankara akan mengaktifkan peraturan penglibatan tentera tanpa mengambil kira sesiapa sahaja yang melanggar ruang udaranya.

“Kaedah penglibatan ini jelas bagi sesiapa yang melanggar ruang udara kita,” Davutoglu memberitahu televisyen Haber-Turk dalam satu temu bual selepas jet Turki memintas sebuah pejuang Rusia yang mencabuli ruang udara Turki berhampiran sempadan Syria.

“Angkatan Tentera Turki telah pun diarahkan. Walaupun ia hanya seekor burung yang terbang ia juga akan dipintas,” katanya.

Davutoglu memberi amaran kepada musuh-musuh Turki dan sekutunya untuk tidak melanggar ruang udara negara itu sambil menolak tanggapan ketegangan terhadap Rusia.

“Isu Syria bukan krisis Turki-Rusia,” katanya.

“Perhubungan kami dengan Rusia kekal terbuka,” katanya dengan harapan bahawa Moscow akan menyerah pada “sikap salah laku.”

Menteri Luar Feridun Sinirlioglu menghubungi rakan sejawatannya dari Rusia, Sergei Lavrov bagi memberi amaran supaya tidak mengulangi kejadian yang sama.

Davutoglu semalam berkata adalah lebih baik untuk memberi tumpuan kepada kaedah peralihan politik dan bukannya berdiri oleh “diktator yang menindas rakyatnya.”