PM Turki lantik menteri-menteri Kurdish baru

PM Turki lantik menteri-menteri Kurdish baru

ANKARA, 23 Sept (AFP) – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu telah melantik dua menteri kabinet baru untuk menggantikan dua penggubal undang-undang Kurdish yang meletak jawatan dari kerajaan sementara di tengah-tengah keganasan meletus antara pemberontak dan tentera Kurdish.

Menteri Hal Ehwal EU, Ali Haydar Konca dan Menteri Pembangunan, Muslum Dogan meletak jawatan pada Selasa selepas menuduh kerajaan Turki mempromosi ‘perang logik’, dua bulan selepas gencatan senjata 2013 bersama pemberontak Kurdish terhenti.

Davutogliu lewat Selasa dengan segera melantik dua menteri baru yang digambarkan sebagai calon bebas.

Cuneyd Duzyol, setiausaha ketiga di kementerian pembangunan, menggantikan Dogan, sementara Beril Dedoglu, seorang profesor wanita di Universiti Galatasaray, Istanbul, dilantik sebagai menteri EU.

Konca dan Dogan telah menyertai kerajaan sementara sebulan lamanya menjelang pilihan raya yang dijangka pada 1 November – yang pertama dalam sejarah Turki yang mewakili parti pro-Kurdish yang terlibat dalam kerusi kerajaan.

Peletakan jawatan itu muncul di tengah-tengah pergolakan di Turki ketika tentera melancarkan serangan ke atas Parti Pekerja Kurdistan (PKK), yang membalas dengan serangan berdarah ke atas pasukan keselamatan.

ARTIKEL YANG SAMA