PM Turki singkir parti Kurdish dari rundingan perlembagaan baru

PM Turki singkir parti Kurdish dari rundingan perlembagaan baru

ISTANBUL, 28 Dis – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu hari ini menolak untuk mengadakan rundingan dengan parti utama pro-Kurdish, Turki berhubung perlembagaan baru disebabkan sikap kepimpinannya yang ‘tidak hormat’.

Penolakan perdana menteri ke atas Parti Demokrasi Rakyat Kurdish (HDP) itu daripada menyertai perbincangan muncul ketika tentera melancarkan kempen bertalu-talu ke atas militan Kurdish di tenggara.

“Ia adalah tidak sesuai untuk menerima mereka (HDP) sebagai perunding selepas komen tidak hormat dan provokatif mereka,” kata Davutoglu dalam sidang akhbar sebelum berkunjung ke Serbia.

Davutoglu akan mengadakan rundingan bersama parti-parti itu minggu ini dalam babak baru selepas Parti pemerintah Keadilan dan Pembangunan (AKP) yang diasaskan bersama oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan mendapat majoritinya semula pada pilihan raya 1 November.

Davutogli pada Sabtu membatalkan mesyuarat yang dirancang bersama HDP, menuduh pengerusi bersama Selahattin Demirtas mendapat faedah daripada keganasan baru dan menyebabkan polarisasi negara.

Demirtas telah dituduh oleh perdana menteri sebagai ‘khianat’ atas lawatan berprofil tinggi ke Moscow hanya sebulan selepas Turki menembak jatuh pesawat perang Rusia yang membawa kepada krisis dalam hubungan.

“Saya boleh berbincang perlembagaan dengan sesiapa pun, namun perpaduan mengenai Turki bukan menjadi hal perbincangan,” kata Davutoglu. – AFP