PM Yaman terselamat serangan roket

PM Yaman terselamat serangan roket

ADEN, 6 Okt (AFP) – Perdana Menteri Yaman Khaled Bahah terselamat hari ini selepas satu serangan roket membunuh dan mencedera sejumlah orang di sebuah hotel di selatan bandar Aden, kata seorang menteri.

“Perdana Menteri Khaled Bahah berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan,” kata Menteri Belia dan Sukan, Nayef al-Bakri.

Satu sumber keselamatan dan saksi berkata bangunan itu terkena dua roket. Orang telah ‘terbunuh dan cedera’ akibat serangan itu, beritahu seorang pegawai tempatan kepada wartawan tanpa berkata sama ada yang mati dan cedera itu termasuk kakitangan kerajaan.

Beliau berkata salah sebuah roket terkena pintu masuk utama hotel dan roket ketiga yang disasarkan kepada bangunan telah tersasar dan mendarat di laut.

Kelihatan kepulan asap menjulang naik dari hotel Al-Qasr selepas ia dilanda serangan roket hari ini. – AFP
Kelihatan kepulan asap menjulang naik dari hotel Al-Qasr selepas ia dilanda serangan roket hari ini. – AFP

Bahah dan menterinya telah dilantik di Aden – mengisytiharkan ibu negeri sementara Yaman selepas ia ditawan semula daripada pemberontak Syiah Huthi pada pertengahan Julai – selepas menghabiskan enam bulan dalam buangan di Arab Saudi.

Kepulan asap menjulang naik daripada hotel Al-Qasr di barat pinggir bandar pada pagi ini, menurut seorang wartawan. Ambulans dan anggota pertahanan awam berada di tempat kejadian, kata saksi.

Satu serangan roket berasingan mensasarkan sebuah berek berhampiran yang digunakan oleh tentera pro-kerajaan, kata penduduk, namun gagal menemui sasarannya.