PM Yaman tolak kerajaan bersatu

PM Yaman tolak kerajaan bersatu

RIYADH, 19 Mei (NNN) – Perdana Menteri Yaman Ahmed bin Dagher semalam menolak kerajaan bersatu yang dicadangkan oleh militia yang disokong Iran yang dituduhnya mengakibatkan ekonomi negara hampir kepada kejatuhan.

Pada awal mesyuarat kabinet di bandar Saudi, Bin Dagher menekankan bahawa Houthis seharusnya menyerahkan senjata mereka dan berundur dari wilayah yang diduduki mengikut resolusi Majlis Keselamatan PBB yang dibentuk pada April tahun lalu.

Houthis dan sekutunya menguasai bandar Sanaa pada September 2014 dan terus menawan beberapa rantau, yang memaksa Presiden Abedrabbo Mansour Hadi lari ke Arab Saudi.

Arab Saudi telah membentuk gabungan serantau yang memulakan serangan udara ke atas para pemberontak pada Mac tahun lalu dan kemudian menghantar pasukan darat untuk membantu kerajaan Hadi.

“Pengunduran pemberontak dari institusi kerajaan tidak boleh dirundingkan,” kata Perdana Menteri.

Rundingan telah diadakan di dewan kerajaan Saudi yang mana Dagher telah membacakan kenyataan dengan para menteri kabinet duduk di sisi meja panjang di hadapan beliau.

Pada rundingan damai yang mana PBB menjadi perantaranya, yang bermula pada 21 April di Kuwait , para pemberontak telah menjadikan kerajaan peralihan syarat awal yang dipersetujui bagi memohon Resolusi Majlis Keselamatan 2216.

Tetapi Perdana Menteri membidas “mereka yang mahu kerajaan kesatuan kebangsaan sebelum menyerahkan senjata.”

Beliau menambah kata negara “dalam keadaan ekonomi yang teruk dan kejatuhan kewangan’ selepas para pemberontak membelanjakan $3 bilion, hampir keseluruhan simpanan kewangan Yaman, “dalam usaha perang mereka.”

Menurutnya para pemberontak juga mengatur untuk mencetak lebih banyak wang, yang membawa kepada kejatuhan dalam nilai rial dan kenaikan harga.