PMB tingkat kefahaman, dukung aspirasi negara

PMB tingkat kefahaman, dukung aspirasi negara

Oleh Ampuan Irma Susanti Ampuan Hussain

 

TEMBURONG, 1 Sept – Seramai 23 orang terdiri daripada para belia dan warga emas dari Kampung Batang Tuau dan Kampung Selapon telah terpilih untuk menyertai ‘Program Masyarakat Bermaklumat’ (PMB) bagi peringkat Daerah Temburong yang diadakan di Dewan Serba guna Kompleks Utama Bumiputera Pekan Bangar, baru-baru ini.

Program dua hari itu dianjurkan oleh Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri, melalui Unit Hubungan Masyarakat Bahagian Kenegaraan dan Kemasyarakatan dan Jabatan Penerangan Cawangan Daerah Temburong yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberigakan perkembangan serta usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup rakyat melalui taklimat-taklimat dan lawatan sambil belajar.

Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengerusi PMB bagi Daerah Temburong, Awang Eddy Iswandy bin Haji Ismail yang menjelaskan tujuan program itu diadakan sekali gus menerangkan perisian acara dua hari tersebut.

Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan, Awang Mawardi bin Haji Muhammad serta para pegawai kanan dari Jabatan Penerangan.

Para peserta bergambar ramai bersama pengarah penerangan.
Para peserta bergambar ramai bersama pengarah penerangan.

Selesai ucapan, para peserta kemudian dibawa menyertai sesi lawatan sambil belajar ke Bangunan Alat-alat Kebesaran Diraja, Bandar Seri Begawan dan ke Pusat Al-Islah Kampung Kerakas Payau, Tutong.

Manakala pada hari kedua, para peserta mendengarkan taklimat mengenai ‘Adat Istiadat Negara’, ‘Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah’, ‘Jenayah Siber’, ‘Isu pengangguran dan memilih pekerjaan’ dan ‘Isu Penderaan dan Keganasan Rumah Tangga’ daripada pelbagai agensi kerajaan yang terlibat.

Dengan adanya ‘input’ bermanfaat melalui PMB ini diharap akan dapat meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para peserta program tentang dasar sekali gus menyuntik semangat dalam terus memberikan kerjasama dalam mendukung aspirasi negara dari semasa ke semasa.

ARTIKEL YANG SAMA